PENGENALAN
Latihan Industri merupakan satu komponen penting dalam program pengajian di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang perlu dilaksana dan dipantau dengan sistematik dan efektif. Disediakan untuk membantu dan memastikan semua pihak yang terlibat, terutamanya pelajar, memahami dan melaksana program latihan industri mengikut syarat dan kehendak program bagi memastikan objektif latihan industri tercapai. Di Kolej Komuniti Segamat mempunyai seorang Pegawai Latihan Industri iaitu En. Norazizi Bin Md Yusop dan di bantu oleh beberapa Staff yang terdiri daripada Pensyarah KKS.
- “LATIHAN INDUSTRI”-satu program latihan yang perlu dilalui oleh pelajar dalam tempoh yang tertentu dimana pelajar akan ditempatkan di firma/jabatan kerajaan.
- “UNIT PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI”-satu unit yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengurus semua aktiviti yang berkaitan dengan latihan industri.
- “PELAJAR”-seorang individu yang berdaftar di kolej komuniti untuk menjalani satu program pengajian.
- “PEGAWAI PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI- Seorang pegawai yang dilantik untuk menguruskan semua aktiviti berkaitan dengan program latihan pelajar dan perhubungan dengan pihak industri.
- “PENYELARAS LATIHAN INDUSTRI KURSUS”- seorang pegawai yang dilantik untuk membantu Pegawai Perhubungan & Latihan Industri menguruskan program latihan industri pelajar mengikut kursus.
- “PENYELIA LATIHAN INDUSTRI” -seorang pegawai yang dilantik untuk menyelia pelajar yang sedang menjalani latihan industri.
- “PENSYARAH PEMBIMBING”-seorang pensyarah yang ditugaskan untuk membimbing pelajar dalam menyediakan buku laporan latihan industri.
- “PANEL TEMUDUGA”- panel yang dilantik untuk menjalankan proses temuduga ke atas pelajar yang telah tamat menjalani latihan industri.
- “TEMPAT LATIHAN”-satu organisasi swasta atau kerajaan yang menawarkan tempat untuk pelajar menjalani latihan industri.
Objektif Latihan Industri adalah untuk membolehkan pelajar:-
- mendapat pendedahan kepada alam pekerjaan sebenar.
- meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar.
- memahami perkaitan di antara pengetahuan yang dipelajari di bilik kuliah dengan amalan praktik di tempat latihan.
- menghayati semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik di antara pelajar dan pekerja di tempat latihan;
- menghayati sifat jujur, amanah, berdisiplin dan bertanggungjawab di dalam diri pelajar;
- mengamalkan peraturan keselamatan dan amalan baik di tempat latihan;
- mengukuhkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi ;
- menyediakan laporan harian dan laporan latihan industri.
UNIT PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI
- Ini termasuklah hal-hal berhubung dengan penempatan pelajar, lawatan penyeliaan, penyediaan laporan oleh pelajar setelah tamat latihan, penilaian dan penyediaan markah hasil penilaian latihan industri.
- Disamping itu, unit ini juga bertanggungjawab untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak industri dan jabatan kerajaan.
SYARAT-SYARAT PENTING DI DALAM LATIHAN INDUSTRI
(MERUJUK KEPADA BUKU PERATURAN PEPERIKSAAN KOLEJ KOMUNIITI KPTM, 2007)
- SYARAT LAYAK MENJALANI LATIHAN INDUSTRI
- PELAJAR PERLU LULUS SEMUA MODUL TEKNIKAL SEMESTER SATU DAN SEMESTER DUA.
SYARAT LULUS LATIHAN INDUSTRI
Untuk seseorang pelajar lulus latihan industri, pelajar perlu :-
- menghadiri latihan industri mengikut tempoh yang ditetapkan;
- menyedia dan mengemukakan Laporan Harian dan Laporan Latihan Industri;
- lulus penilaian latihan industri berdasarkan kriteria penilaian yang ditetapkan dengan mendapat markah keseluruhan sekurang-kurangnya 50% (markah lulus minima).
PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI
- Penilaian ke atas latihan industri yang dilalui oleh pelajar dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut :-
|
KRITERIA PEMBERATAN. i.Lawatan Penyeliaan 10 % ii.Pengesahan Tamat Latihan 20% iii.Penilaian Pencapaian Pelajar Oleh Firma/Jabatan 20 % iv.Penilaian Buku Laporan Harian 10 % v.Penilaian Buku Laporan Latihan Industri 30 % vi.Temuduga 10 %
|
|
Jumlah Markah Keseluruhan 100 %
|
Jumlah markah keseluruhan yang diperolehi oleh pelajar akan ditukarkan ke dalam bentuk kategori keputusan latihan industri seperti berikut :-
- Jumlah Markah Keseluruhan, % Kategori Keputusan Kod
- 85 – 100 Lulus Cemerlang LC
- 70 – 84 Lulus Kepujian LK
- 50 – 69 Lulus Baik LB
- 49 dan ke bawah Tidak Mencapai Tahap Lulus Minima TL
Pelajar yang mendapat keputusan Tidak Mencapai Tahap Lulus Minima (TL) dikehendaki melengkapkan keperluan kriteria penilaian yang berkenaan bagi membolehkan pelajar lulus penilaian latihan industry
Pelajar yang gagal menyempurnakan latihan industri akan diberi keputusan Mengulang Modul (MM) dan dikehendaki mengulang latihan industri pada semester berikutnya.